Mar 13, 2008

PRU-12: kacamata SAYA

Tamat sudah Pilihanraya Umum ke 12 Malaysia.

SK Durian Tunggal: Tempat saya mengundi

Bendera, poster, buluh, kayu-kayan dah dikemas-kemas. Yang cuma masih ada, komentar-komentar para analisis formal dan tak formal. Saya pun, pergi ke mana je orang Malaysia memang masih lagi bicara tentang PRU-12. Macam-macam komentarnya.

Mulanya, saya tak ambil 'port' sangat tentang isu PRU-12 ni, sebabnya terlampau seronok nak mengundi kali pertama. Tapi, bila ada sahabat dah buka cerita pilihanraya, kami pun kongsilah apa yang ada.

Di kolej sendiri, ada sahabat-sahabat "berperang antara universiti" untuk menegakkan mana yang betul. Hui, kemain lagi.

Tapi, apa yang positifnya ialah, perbandingan pendapat itu membuatkan mahasiswa menjadi terbuka, beserta komen yang bernas. Diselit ayat-ayat Tuhan, hadisnya bersama mengungkap isu siasah sedari zaman Rasulullah. Mantap.

..walau ada juga yang tertutup dan rigid.


Dalam perbincangan dengan kawan-kawan kampus, saya melihat dari segi kefasilitatoran, seorang kawan cakap dari segi ekonomi, ada yang dari segi sejarah.

Kami berpendapat bahawa, tidak kisah siapa pun mentadbir, kami mahukan kerajaan yang terus membangun Malaysia dari segala segi. Pemimpin seharusnya telus dan berkepimpinan. Bersikap matang tanpa ada agenda sendiri yang terlalu peribadi. Menjadi jujur juga agar manifesto yang dijanji akan ditunai dengan sebaiknya.

Kriteria PEMIMPIN yang EFEKTIF dari kelas Psikometrik

Adil
Jujur
Setia
Matang
Berani
Penyayang
Berazam
Imaginasi
Bijaksana
Berdikari
Altruistik
Menyokong
Berdaya saing
Berpengaruh
Berfikiran
luas
Berterus terang
Boleh diharapkan
Suka membantu
Penguasaan
diri
Memandang ke hadapan
Bersemangat dan bercita-cita tinggi



Saya dengan pandangan saya. Pilihanraya, adalah pilihan kita. Diri pun tak gemar nak berpihak terlalu taksub di mana-mana pihak.

Agak kecewa juga bila saya diasak-asak dengan pelbagai soalan tentang PRU tempoh hari. Soalan itu pula bernada ketaksuban. Saya yang mula-mula ok, jadi tertekan.

Janganlah taksub semacam kawan. Ini dunia realiti. Biar perjuangan kita nyata dan bervisi. Usah jadikan diri terlalu mahu tapi tidak siap siaga nak menghadapi dunia yang banyak isunya kini.

Sebagai fasilitator, saya mahu melihat diri saya sendiri dapat menjadi seorang mentor. Menjadi fasilitator, yakni memudahcara dan membantu negara dalam pembina sakhsiah dan jatidiri yang ampuh.

..saya harapkan 'Khair Ummah' itu menjadi realiti kepada semua orang. Semoga setiap rakyat Malaysia 'Tahu dan Mahu' menggunakan segala potensi-potensi cemerlang mereka ke arah yang bermanfaat.

-----------------

"Pemimpin Melayu yang Bersatu"

Itulah impian saya. Realiti di Malaysia sekarang memerlukan kesatuan. Saya mahu lihat generasi masa depan mendapat jati diri dan bukan tenggelam dengan libur yang tidak berhenti.

Saya mahu lihat kita membangun norma masyarakat yang sihat, hidup dengan budaya pelbagai tapi masih menjadikan agama untuk menyelaras kesatuan kita.

Saya tak mahu kita berpecah, tak mahu pemimpin mementingkan diri, tapi mahukan keadilan yang setara untuk setiap rakyat Malaysia.

Mak dan Ayah tak mau kongsi apa yg mereka UNDI. Rahsia kata mereka ;)


Ke mana pun pergi, kita masih rakyat yang wajib memilih pemimpin untuk kebaikan bersama. Dan, saya doakan setiap kali, ISLAM akan menyatukan kita semua.

Zaman Rasulullah telah membuktikan ia. Semua hidup sentosa, kikis semangat puak-puak, kita pasti akan gemilang, terbilang dan terus cemerlang.

Ini kemahuan saya. Anda Bagaimana?? ;)

No comments: